Ramai ibu bapa sering bertanya, "Doktor, bilakah waktu yang paling sesuai untuk anak saya berkhatan?". Jawapannya mudah: Tiada istilah terlalu awal atau terlalu lewat. Sama ada bayi yang baru lahir, kanak-kanak sekolah rendah, mahupun remaja—setiap peringkat umur mempunyai kelebihan tersendiri.
Apa yang paling penting adalah keselesaan dan penjagaan yang betul selepas prosedur dilakukan. Di Klinik Azalea, kami komited untuk memastikan pengalaman khatan anak anda adalah satu memori yang positif, tidak menakutkan, dan paling penting, cepat sembuh!
Mengapa Ibu Bapa Memilih Klinik Azalea?
Kami faham kerisauan ibu bapa (dan adik-adik!). Sebab itu kami sediakan perkhidmatan yang terbaik:
Kepakaran Doktor Lelaki: Prosedur dikendalikan oleh doktor lelaki yang berpengalaman luas dan cekap.
Staf Mesra & Prihatin: Pasukan kami sangat mahir mengendalikan emosi kanak-kanak supaya mereka rasa tenang dan tidak gementar.
Persekitaran Selesa: Ruang menunggu yang bersih dan selesa, sesuai untuk seisi keluarga.
Harga Berpatutan: Kualiti rawatan premium pada harga yang mampu milik untuk semua.
Apa Kata Mereka? (Testimoni Sebenar)
Bukan kami sahaja yang kata "best", ini adalah pengalaman jujur daripada pesakit kami:
"Alhamdulillah yang dirancang semua berjalan dengan lancar. Servis sangat terbaik. My hero encem boy dah sunat!" — Azri
"Yang sunatkan tu memang Tok Mudim moden. Sekejap je buat. Harga pun berpatutan." — Umie
"Baru sunatkan baby hari tu masa 47 hari. Dalam 4 hari benang dah tercabut sendiri. Seminggu je dah fully recover." — Aishah
Lebih Daripada Sekadar Klinik Khatan
Selain daripada perkhidmatan berkhatan, Klinik Azalea juga merupakan pusat sehenti untuk kesihatan anak-anak anda. Kami menawarkan pelbagai servis lain seperti:
Konsultasi Pakar Kanak-kanak (Paediatric)
Rawatan sedut hingus dan kahak
Rawatan Nebulizer untuk asma/batuk
Suntikan vaksinasi wajib dan tambahan
Pemeriksaan bulanan bayi (Check-up) seakan di Klinik Kesihatan (KK)
Tempah Slot Khatan Anda Sekarang!
Jangan tunggu saat akhir. Slot khatan kami selalunya penuh dengan pantas. Hubungi cawangan Klinik Azalea yang berdekatan dengan anda untuk pertanyaan atau temujanji:
Bandar Bukit Raja, Klang:
WhatsApp Klinik Azalea Klang Banting:
WhatsApp Klinik Azalea Banting Sphere Damansara:
WhatsApp Klinik Azalea Damansara KL Traders Square (KLTS):
Anda boleh terus walk-in ke cawangan Klinik Azalea berhampiran atau buat tempahan janji temu secara dalam talian melalui butang di bawah:WhatsApp Klinik Azalea KLTS


